DATO. HJ. MD DAUD CHE NGAH

PENGERUSI EKSEKUTIF

ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

(MANTAN) PENGURUS BESAR BIMBINGAN HAJI 

LEMBAGA TABUNG HAJI


Dilahirkan di Kampung Tanjung Kupang, Baling, Kedah. Mendapat pendidikan tertinggi di Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya dalam bidang Usuluddin dan Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa (kursus jangka pendek).

Beliau telah dianugerahkan Pingat Pengakuan Negara (PPN), Bintang Cemerlang Kedah (BCK) dan Tokoh Pimpinan Islam sempena Maal Hijrah Wilayah Persekutuan 1992 dan DPSK sebagai anugerah kehormat dalam bulan Ogos 2004.

Berpengalaman luas dalam pengurusan Haji (kursus haji dan umrah) serta pengendalian jemaah haji di Makkah hampir selama 30 tahun ketika bersama Lembaga Tabung Haji dan aktif memberi ceramah dan kuliah-kuliah agama di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan kedutaan Malaysia di United Kingdom. Juga merupakan ahli muzakarah ibadat haji peringkat kebangsaan.

Menjadi perawi kisah-kisah nabi di Radio 1 (RTM) selama 10 tahun (1990 2000), Radio IKIM mengenai cerita jemaah haji setiap musim dan ahli Forum Perdana serta penceramah undangan di media elektronik (TV1, TV2 & TV3) serta penulis di bahagian Gema Islam di akhbar Berita Minggu, Utusan Malaysia, kisah - kisah jemaah haji di Mingguan Wanita dan menulis beberapa buah buku yang berkaitan ibadat haji dan umrah.

Kini bertugas sebagai Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel& Tours Sdn. Bhd. di samping sebagai tenaga pengajar kursus haji umrah dan penceramah bebas. Dato Daud juga adalahpengasas dan Pengarah Urusan kepada syarikat pembekal barangan umrah dan haji, Bin Daud Sdn. Bhd.



                                                                                                                                                         

HJ. IBRAHIM BIN MAT SIN

PENGARAH URUSAN

ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.


Merupakan anak kelahiran Kampung Padang Kala, Melor, Kota Bahru Kelantan. Pendidikan tertinggi beliau ialah BA (Hons) di Universiti Malaya pada tahun 1982. Selepas menamatkan pelajaran pada tahun 1982, karier beliau sebagai pegawai kerajaan bermula semasa dilantik sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Kuala Lumpur. Setelah beberapa tahun berkhidmat di Kementerian Perdagangan, beliau bertukar sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Pekan, Pahang pada tahun 1985.

Berikutnya, beliau ditempatkan di beberapa jawatan di Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga tahun 2004. Sepanjang perkhidmatan dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD), beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pengurusan organisasi.

Pada usia 45 tahun iaitu pada tahun 2004 beliau bersara pilihan daripada perkhidmatan awam. Beliau bersama-sama Dato Hj. Md Daud Che Ngah dan Hjh Ida Riswana ldris mengorak selangkah lagi dengan mengurus syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. secara sepenuh masa. Sejak dari awal-awal lagi, Hj Ibrahim memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pengurusan hal-ehwal syarikat dengan membawa kepakaran pengurusannya melalui pengalaman semasa bertugas di jabatan kerajaan.

Hj Ibrahim mempunyai hala tuju yang jauh kehadapan untuk Andalusia iaitu misi untuk mencapai sasaran 70,000 orang jemaah umrah setahun berlandaskan dengan "harga mampu" selaras dengan moto yang dibawa olehnya 'Sekeluarga Mampu ke Tanah Suci'. Bagi musim 1439H, alhamdulillah jualan Andalusia telah mencecah melebihi 57.878 orang jemaah dan insya Allah, Hj Ibrahim akan terus berusaha untuk merealisasikan hasrat Andalusia bagi mencapai 70,000 orang dhuyufur- Rahman. Kejayaan ini adalah disokong oleh barisan staf seramai 260 orang di peringkat pengurusan, 250 orang mutawwif dan 50 orang pegawai Makkah dan Madinah buat masa ini.

Selain itu, Pengurus Negeri dan ejen-ejen juga memainkan peranan penting di dalam kejayaan ini. Hj Ibrahim juga adalah Pengarah/ Penasihat kepada syarikat-syarikat Falzin International Travel & Tours Sdn. Bhd., Andalusia Holidays, Andalusia Ticketing, Maqbul Travel & Tours Sdn. Bhd., Labbaik Travel & Tours Sdn. Bhd., Haneen Travel & Tours Sdn. Bhd., Vacasia Tours & Travels Sdn. Bhd., Mahabbaten Travel & Tours Sdn. Bhd., Andalusia Hijrah Sdn. Bhd., Andalusia FIX IT, Klinik Andalusia, dan Andalusia Catering Services Makkah (syarikat yang menghidangkan sajian makanan kepada jemaah Andalusia di Makkah).