Gunung Titlis

Titlis merupakan nama sebuah gunung di Alps, Switzerland. Ia memiliki ketinggian 3,020 meter di atas paras laut. Titlis juga digelar sebagai “mutiara mahkota” di Switzerland dan satu-satunya ‘glacier’ yang boleh diakses oleh orang ramai. Apabila kita berada di puncak gunung bersalji ini, kita akan dapat menikmati pemandangan yang sangat cantik. Lapisan salji yang terdapat disini merangkumi puncak gunung.

Sesiapa yang hadir ke sini dan ingin menikmati panorama bersalji di puncak Gunung Titlis ini perlu menggunakan kereta kabel dari Engelberg, sebuah perkampungan yang terletak di Lembah Alps ini. Pelancong yang datang melancong di Switzerland pada umumnya dijemput untuk menjejakkan kaki di Gunung Titlis sebagai lawatan tambahan selain daripada Bandar Lucerne.

Sejarah jalur kabel Titlis bermula pada tahun 1913 apabila kawasan Engelberg dibina. Jalur kabel pertama yang dirasmikan ialah Trubsee pada tahun 1927, diikuti dengan lokasi lain yang digunakan oleh peminat ski. Fungsi kereta kabel pertama di dunia bermula pada 1992. Bermula dengan kereta kabel yang boleh berputar ini, pengunjung dapat menikmati suasana pemandangan gunung bersalji dari dalam kenderaan ini.

Walaupun telah sampai ke puncak, pengunjung masih boleh menghirup udara segar di atas gunung ini. Kini, pengurus tapak pelawat Titlis ini telah membina kereta kabel 8 kerusi baru (dari 4 kerusi sekarang), yang dapat membawa pengunjung lebih cepat dari Engelberg ke puncak gunung dalam masa hanya 16 minit sahaja. Pengunjung yang ingin bermain ski di kawasan Titlis ini, boleh datang diantara bulan Oktober hingga Mei. Pada musim panas, gunung adalah ‘syurga’ bagi pendaki dan pencinta aktiviti luar dan lasak.

Bagi pengunjung dari Eropah, Titlis adalah tempat percutian yang menarik. Engelberg telah berkembang menjadi sebuah kawasan yang sangan cantik. Sehingga tahun 2015, telah banyak pangsapuri baru telah dibina oleh pengurus tapak pelancongan disitu. Di puncak gunung ini juga, pengurus pelancongan telah menyediakan pelbagai masakan antarabangsa di restoran dengan panorama gunung yang bersalji di ketinggian 3,020 meter ini. Jadi, kita tidak perlu bimbang  jika kita berasa lapar.

Di restoran ini disediakan pizza yang dibakar dari ketuhar dan pasta Itali yang kebiasaannya merupakan makanan kegemaran pilihan pengunjung disini. Dalam cuaca sejuk ini juga, kita boleh menikmati aiskrim Movenpick, aiskrim asal Swiss yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestle. Aiskrim yang mempunyai pelbagai perasa ini telah dicipta sejak tahun 1948. Bila lagi kita hendak menikmati aiskrim di puncak gunung kan?

Beribu-ribu pelancong dari pelbagai negara mengunjungi Titlis setiap hari. Beratus-ratus buah bas berbaris di tempat letak kenderaan di desa Engelberg yang sering berkabus ini. Ramai pengunjung dari Asia bertemu dikawasan pelancongan Switzerland ini. Sebagai contoh, puluhan pelancong dari India menikmati hidangan India yang dijual di salah satu kios yang terdapat disini. Gunung bersalji ini seolah-olah menjadi destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk pelancong dari Asia yang tinggal di negara-negara tropika

Menarikkan Gunung Titlis ini. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keindahan ciptaan Allah yang memukau mata yang memandang. Pasti akan banyak moment-moment indah yang dapat kita rakamkan di sini. Kata orang “jauh perjalanan luas pemandangan”. Jom kita sama-sama terokai bumi Allah yang penuh dengan khazanah yang boleh kita telusuri dan kita pelajari.