Motivasi

Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan

By Wan Syazwan on 04 Jun 2019

Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang berkah iaitu bulan Ramadhan al-mubarak dimana didalamnya terdapat 1 malam bersamaan dengan 1 ribu bulan iaitu malam lailatul qadar.

Seperti biasa, apabila tibanya bulan puasa ini perkara yang kita risaukan ialah apabila kita akan berasa tidak bertenaga dan lesu sepanjang hari. Baik, harini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk kita kekal bertenaga di bulan puasa.

 

1.      Makan makanan yang tinggi kandungan kanji dan serat.

Makanan berkanji dan berserat tinggi boleh membantu kita mengawal ketidakhadaman berasa pedih di ulu hati. Anda boleh cuba makan oat, bijirin berserat tinggi dan roti gandum dalam pemakanan anda kerana ia dapat membantu anda berasa kenyang untuk tempuh masa yang lebih panjang.

 

                          

 

 

2.      Oat bersama kacang, kismis dan kurma.

Kita sedia maklum yang oat sangat baik untuk mengawal tahap kolestral dalam badan malah ia juga dapat mengenyangkan. Jadi, apa yang anda perlu buat? Haa…anda bekukan oat dalam satu malam dan anda makan ketika sahur.

 

Jangan lupa untuk campurkan oat bersama kacang, kismis dan kurma dalam satu bekas dn tuangkan susu segar sehingga menutupi lapisan oat dn simpankan dalam peti ais.

 

 

 

3.      Makan tembikai dan pisang

Tembikai sangat elok kerana mengandungi vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah penyakit katarak. Selain itu, tembikai juga mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sangat bagus diambil ketika haus.

 

Pisang pula menghasilkan vitamin B6 dan vitamin C. ia juga mengandungi kandungan potassium dan berserat tinggi. Untuk pengetahuan anda, pisang mengandungi 24gm karbohidrat.

 

 

 

 

 

 

 

 

4.      Elakkan garam dan minum air berlebihan.

Untuk pengetahuan anda semua, garam adalah penyerap atau penyimpan air. Pengambilan sumber makanan yang bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ketika berpuasa akan mempercepatkan dehidrasi serta membuatkan anda akan cepat berasa haus.

 

Selain itu, jika anda minum air secara berlebihan juga akan menghasilkan tindak balas yang sama seperti pengambilan garam. Jadi, cara yang terbaik ialah ambil sekurang-kurangnya 2-3 gelas sahaja.

 

          

 

 

5.      Jangan tidur selepas sahur dan tidur awal.

Untuk kekal sihat di bulan Ramadhan, anda disarankan untuk tidak tidur selepas sahur dan solat subuh kerana makanan yang anda ambil akan diproses menjadi tenaga dan ia akan dibazirkan ketika anda sedang tidur. Selain itu, sementara menunggu untuk ke tempat kerja anda boleh menambah perkara ibadah anda dengan berzikir dan mengaji al-Quran terlebih dahulu.

 

    

 

 

 

 

 

6.      Lewatkan waktu makan sahur, jangan gelojoh.

Jika anda mengunyah terlalu cepat, ia akan membuatkan kadar gula dalam darah terganggu sehinggakan dalam beberapa jam sahaja setelah sahur, perut anda akan berasa lapar semula.

 

Tubuh badan kita akan bekerja dengan lebih keras untuk menyerap nutrisi makanan ketika makan terlalu cepat. Akhirnya proses penyerapan nutrisi oleh tubuh badan kurang sempurna sehingga anda akan merasa penat.

 

                                

 

 

 

7.       Simpan makanan lebihan waktu berbuka.

Kita sering mendengar, beli makanan banyak-banyak untuk berbuka sudahnya tidak habis. Saya cadangkan kepada anda yang membeli makanan banyak tu, simpan sedikit lebihan makanan tersebut dan panaskannya semula ketika bersahur.

 

Kalau mahu kekalkan mkanan tersebut dalam keadaan segar, tambahkan sedikit sayur-sayuran yang sihat. Dengan lebihan makanan ini maka anda sudah jimatkan masa untuk persediaan makanan ketika bersahur tetapi kurangkan makanan yang berminyak ketika bersahur.

 

      

 

 

Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian yang saya boleh berikan kepada anda. Saya berharap tips-tips yang saya berikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca untuk menempuh Ramadan al-mubarak ini dengan sempurna dan semoga kita semua dapat menyempurnakan ibadah puasa ini dengan baik dan puasa kita diberkati oleh Allah SWT. Insya Allah saya akan berkongsi lagi maklumat-maklumat di artikel lain di lain masa. Yang baik itu datang dari Allah SWT dan segala kekurangan itu datang dari diri saya sendiri. Assalamualaikum wbt.