Holiday

Tips Travel Untuk Newbie

By Wan Syazwan on 04 Jun 2019

Tips Travel Untuk Newbie

Kebanyakan orang akan merasa stress dengan bebanan kerja yang mereka terima di tempat kerja. Untuk terus aktif dan merasa cergas, terdapat salah satu cara yang mudah untuk kita merehatkan badan dan minda dari segala tekanan dan kesibukan kota. Caranya ialah melancong atau travel.

Bayangkan anda sedang berada di tepian pantai melihat ke arah lautan yang dengan angin sepoi-sepoi bahasa, ditambah pula dengan minuman buah-buahan yang menyegarkan tekak anda. Pasti segala masalah yang dihadapi di tempat kerja hilang begitu sahaja.

Travel ni memang seronok, tapi kalau kita tidak ada persediaan yang lengkap ia akan menjadi satu malapetaka terutamanya kalau kita adalah solo traveler. Tapi jangan bimbang, checklist dah disediakan khas untuk anda yang baru nak mulakan perjalanan.

 

Pemilihan Lokasi

Kalau kita hendak travel ke sesuatu negara, pemilihan lokasi perlu mengambil kira kemudahan disekitarnya sangat penting dalam pemilihan lokasi. Contohnya, kemudahan transportation, restoran makanan halal, pusat-pusat kesihatan dan keselamatan. Ianya bagi memudahkan kita untuk bergerak dan sebagainya.

Bukan itu sahaja ya! ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga anda. Jadi, bila anda sudah mengenalpasti kemudahan yang ada disekitar anda,  anda tidak perlu lagi membazirkan masa anda untuk mencari-cari apabila ia diperlukan.

 

 

Kemudahan WIFI

Bagi orang yang suka travel dan suka berkongsi detik-detik terindah ketika travel di media sosial, kemudahan wifi sangat membantu kita untuk memuat naik gambar atau video di laman sosial. Jadi sebelum memulakan perjalanan anda, boleh survey terlebih dahulu kemudahan wifi  yang disediakan oleh pihak hotel atau lokasi percutian anda.

Beg Yang Bersesuaian

Bagi sesetengah pelancong yang berpengalaman, mereka hanya bawa beg galas sahaja untuk travel. Sebabnya ialah bagi mereka bawa beg roda ni agak leceh sedikit untuk kereka bergerak.

Lagipun, kalau bawa beg galas ini kita tidak perlu risau kalau kita perlu mendaki untuk sampai ke lokasi penginapan kita. Kebiasaannya juga kalau bawa beg roda ini pasti beratnya akan bertambah bila kita nak balik nanti.

Gadget

Ada dikalangan kita semasa travel, lebih suka meluangkan masa dengan gadget seperti laptop, smartphone dan gadget-gadget yang mudah dibawa. Jadi saranan buat anda sebelum memulakan perjalanan, pastikan segala gadget kita dicas dan diletak dalam keadaan yang selamat dan mudah untuk kita guna.

Bawa Pakaian Yang Patut Sahaja

Selalunya part ni akan bermasalah untuk mereka yang baru first time nak travelkan? Selalunya, kalau kita nak bercuti dalam tempoh yang singkat contohnya 3 hari 2 malam, kita tidak perlulah bawa pakaian yang banyak.

 

Jika travel ke destinasi yang jauh dan bermusim yang memerlukan kita mencuci pakaian, kita boleh menggunakan perkhidmatan dobi yang disediakan oleh pihak hotel penginapan kita. Tapi, kalau kita rajin dan takut berlaku apa-apa pada pakaian kita, boleh je kita basuh sendiri pakai tangan. Pastikan baju yang dibawa adalah mudah kering atau nipis ya!

 

Apps,  Pilihan Mudah Perjalanan

Kalau kita nak travel ke luar negara, Google Translate antara kemudahan yang sangat berguna ketika bercuti. Google Map juga penting terutamanya kita bercuti secara sendirian atau solo traveler.

 

Dengan Google Map ini, dapat membantu kita untuk kemana sahaja tanpa risau kerana ia lengkap dengan info kemudahan transport yang berdekatan. Jadi, kita tidak perlu tercari-cari kemudahan yang ada.

 

Cuba Menginap di Asrama

Jika kita seorang backpakers, asrama merupakan penginapan pilihan utama sebab asrama lebih murah dan mudah buat mereka untuk bergerak.

 

Ada sesetengah laman web yang menawarkan pilihan asrama yang murah dengan kemudahan yang lengkap. Tapi, sebelum kita menempah kita perlu membaca review dari pengguna terlebih dahulu. Ianya penting bagi mengelakkan kita kecewa nanti.

 

Jaga Phone

Kadang-kadang, ketika kita sedang bercuti kita akan akan terleka dengan keseronokan. Jadi, kita perlu juga berhati-hati atau alert dengan keadaan sekeliling kita. Pastikan semua gadget kita dalam keadaan yang selamat terutamanya handphone kita. Ini kerana, handphone  kita adalah antara barang yang sangat bernilai semasa travel kerana apa terjadi mudah untuk menghubungi atau membuat laporan. Paling penting, setkan password  pada handphone kita supaya tidak mudah dicerobohi.

 

 

Awas Pickpocket !

Ini antara yang paling penting terutamanya apabila kita travel ke luar negara. Kita tidak tahu bagaimana budayanya. Lain orang, lain caranya. Jadi, kita perlu lebih berhati-hati terutamanya apabila melibatkan dokumen-dokumen perjalanan kita seperti passport dan kad pengenalan. Ia ibarat nyawa kita ya!

 

Sebab kebiasaannya, dalam wallet  kita itu ada i.c, kad bank dan macam-macam kad lagi. Jadi, wallet juga sangat penting ditempat yang sukar untuk dicapai atau didalam beg galas ataupun pourche bag kalau kita bawa dan diletakkan dibahagian hadapan lebih selamat.

 

Jadi, kepada newbies diluar sana, adakah anda sudah bersedia untuk memulakan travel anda? Cuba amalkan tips-tips yang saya berikan kepada anda. Pasti akan membantu melancarkan trip percutian anda.

Terokailah dunia di luar sana! kata orang “jauh perjalanan luas pemandangan”. Pasti banyak benda baru yang akan anda pelajari. Selamilah dan hayatilah budaya-budaya yang ada diluar sana untuk menambahkan lagi pengetahuan kita tentang dunia luar.