Umrah

Kuatkah Kita Setelah Pulang Dari Umrah?

By Wan Syazwan on 24 May 2019

Kuatkah Kita Setelah Pulang Dari Umrah?

Ibadah umrah sama seperti ibadah haji, iaitu merupakan fardu dan wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan untuk melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Bila berada di bumi Mekah dan Madinah, diri kita menjadi kuat untuk beribadah. Kadangkala, kita akan rasa rugi bilamana kita tidak solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Makanya kita akan bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid untuk mendapat tempat di dalam masjid. Tapi, bagaimana pula kalau kita dah balik ke Malaysia? Kadangkala, apa yang kita lakukan di bumi Mekah dan Madinah berbeza setelah kita pulang ke Malaysia.

Saya tidak maksudkan semua, tetapi sesetengah daripada kita berbeza perlakuan semasa di tanah suci dan apabila pulang ke tanah air.Persoalannya mengapa perkara seperti ini berlaku? Jawapannya ialah kerana kita tidak pupuk iman dalam diri kita untuk terus istiqomah terhadap apa yang telah kita amalkan di tanah suci. Maka disebabkan tidak istiqomah, kita tidak mampu untuk jadi seperti mana diri kita semasa di tanah haram.

Sepertimana yang diperkatakan oleh Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad, antara cara untuk mengukuhkan keimanan kita ialah :

1. Sentiasa membaca Al-Quran dan hadith Nabi SAW serta kisah-kisah para sabahat sebagai motivasi dan inspirasi kepada diri kita dan sebagai pendidik kepada hati dan jiwa kita untuk sentiasa beribadah kepada Allah Azzawajalla.